27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pemuda UMNO umum kepimpinan baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menamakan barisan kepimpinan baharu dengan Pengarah Strategik Pemuda UMNO Negeri Perak, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie sebagai Ketua Penerangan Pemuda bagi sesi 2023-2026,

Ketua Pemuda, Dr. Mohamad Akmal Saleh berkata, Ketua Pemuda Bahagian Sembrong, Mohd. Hafiz Ariffin dilantik sebagai Setiausaha sementara Naim Kurniawan Moktar pula dilantik sebagai Bendahari.

“Sempena dengan hari jumaat yang penuh barakah ini saya ingin mengumumkan lantikan barisan pegawai bagi pergerakan Pemuda UMNO sesi 2023-2026

Advertisements

“Tahniah atas lantikan dan diharapkan lantikan ini dapat mengukuhkan kekuatan pemuda UMNO Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mohamad Akmal dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baharu dalam Pemilihan UMNO dua minggu lalu selepas menerima undi majoriti bahagian.

Minggu lalu, pemimpin itu menang kerusi Ketua Bahagian Jasin selepas mendapat 340 undi sekali gus menjadi Ketua UMNO Bahagian termuda untuk pemilihan kali ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan