Thursday, June 4, 2026

Dua wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA wanita maut selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 58.3 Lebuh Raya Senai-Desaru, dekat Kota Tinggi, Johor, petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penguasa Bomba Kanan 1 Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3 petang.

Susulan itu menurutnya, seramai lima anggota dibantu dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan tersebut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan kereta Hyundai 130.

“Terdapat dua mangsa tersepit dalam Perodua Alza. Pihak bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa

yang tersepit dengan menggunakan peralatan ‘rescue tools’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kedua-dua mangsa merupakan wanita dewasa disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

“Selain dua wanita tersebut, mangsa lain dalam Perodua Alza itu melibatkan seorang lagi wanita dewasa dan dua lelaki dewasa yang cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki terselamat.

“Sementara dalam Hyundai 130 itu pula, seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa cedera,” katanya.

Menurut beliau, semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut dan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan