26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Polis kenal pasti identiti enam ahli ajaran sesat Si Hulk

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor telah mengenalpasti enam pengikut ajaran sesat Suhaini Muhammad atau Si Hulk yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, identiti kesemua suspek berusia antara 20-an hingga 30-an itu dikenalpasti berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial.

Menurut beliau, operasi mengesan suspek kini giat dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Kita gesa enam individu berkenaan menyerah diri bagi membantu siasatan atau kita sendiri akan cari mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, petang tadi.

Dua hari lalu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, JAINJ bersama Polis Diraja Malaysia giat mengesan ahli kumpulan ajaran sesat itu yang menyebarkan rakaman video menghina Islam dan Nabi Muhammad.S.A.W.

Video menerusi aplikasi Tik Tok berdurasi seminit 17 saat itu tular dan memaparkan empat lelaki mengaku menyokong ajaran Si Hulk dan menyebut beberapa ayat antaranya Nabi Muhammad sebagai Tuhan.

Baca juga:   Serbu 4 negeri, polis tumpaskan sindiket pelaburan palsu

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Julai 2021, memutuskan fahaman serta ajaran Si Hulk yang diasaskan Suhaini Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan