29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Masjid terbakar, tidak sempat solat terawih

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KARIAH Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa, Kuala Lumpur tidak sempat menunaikan solat terawih di malam pertama bulan Ramadan setelah masjid tersebut musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 7 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.10 malam.

“Pihak kami menghantar tiga jentera dengan kekuatan 21 anggota ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Advertisements

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 7.17 malam melakukan kerja pemadaman di ruang masjid yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata Nordin, pasukan bomba berjaya memadamkan api 10 minit kemudian dan kemusnahan dalam kebakaran itu membabitkan 90 peratus ruang solat utama dengan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Kebakaran ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” jelasnya. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan