25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Banjir Johor: Hanya 2 daerah terjejas, 8 daerah pulih

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir di Johor kini semakin pulih apabila hanya dua daerah yang masih terjejas banjir, berbanding semua daerah terjejas seawal bencana berkenaan berlaku hujung bulan lalu.

Lapan daripadanya sudah pulih iaitu Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Muar, Kulai, Tangkak, Mersing, Pontian.

Terkini, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurang kepada 26,381 orang pada pukul 8 pagi ini berbanding 28,008 orang direkodkan malam tadi.

Mennurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kesemua mangsa daripada 7,418 keluarga ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) di Batu Pahat dan Segamat.

“Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 26,337 orang daripada 7,404 keluarga, manakala Segamat seramai 44 orang daripada 14 keluarga.

Advertisements

“Cuaca diramal cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini selain tiada sungai yang berada di paras bahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut JPBN sebanyak lima jalan di Batu Pahat masih ditutup untuk kenderaan ringan kerana ditenggelami banjir dan hanya kenderaan berat dibenarkan untuk melalui jalan-jalan tersebut.

Penutupan itu melibatkan Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung berhampiran Jambatan Sri Dayung; Jalan Parit Jambi (Jambatan Parit Jambi); Jalan Haji Arif (Klinik Kesihatan Sri Medan); Jalan Parit Warijo (sepanjang jalan) dan Jalan Sri Bengkal (Kampung Sri Bengkal). 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan