32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Permohonan DKD industri muzik dibuka 23 Mac

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERMOHONAN bagi Dana Kandungan Digital (DKD) industri muzik yang akan dibuka bermula 23 Mac ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, dana itu akan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni pasca pandemik COVID-19 menghasilkan karya kreatif berkualiti yang mampu bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan, malah antarabangsa.

Katanya, seramai 13 penerima telah diberi Surat Setuju Terima Dana Persembahan Muzik di bawah inisiatif DKD Industri Muzik pada 2022 yang berjumlah RM3.3 juta. 

“Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, DKD industri muzik di bawah Kumpulan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. akan dibuka mulai 23 Mac dan permohonan boleh dibuat melalui pautan www.mycreative.com.my/dkd.

“Selain itu, tiga badan pelesenan seperti Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performances Malaysia (RPM) Berhad turut menerima pembayaran Skim Pelesenan Hak Cipta Penggunaan Muzik berjumlah RM2.18 juta.

Advertisements

“Kementerian Komunikasi Digital (KKD) tekad membina ekosistem yang kondusif bagi memayungi industri kreatif. Kerjasama berterusan dengan pemain dan penggiat industri muzik adalah amat signifikan dalam usaha memacu industri kreatif negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

KKD semalam buat julung kalinya menganjurkan sesi dialog awam industri muzik yang disertai lebih 500 orang penggiat industri muzik di Kuala Lumpur Performing Arts Centre.

Dialog awam itu merupakan langkah permulaan bagi menghimpunkan pihak berkepentingan daripada pelbagai peringkat industri untuk mengenal pasti dan membincangkan inisiatif-inisiatif yang berpotensi dalam memajukan industri muzik negara serta menyelesaikan isu berkaitan.

Pemain industri yang turut serta pada sesi ini terdiri daripada artis, penerbit, pengurus, wakil syarikat rakaman, wakil perkhidmatan penstriman muzik, serta penganjur acara dari seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan