26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Dua restoran hotel kotor di Melaka diarah tutup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA restoran hotel di Melaka diarahkan tutup sementara oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) susulan tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk terdapat najis tikus.

Pengarahnya, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, pemeriksaan ke atas 44 premis yang dijalankan selama dua hari bermula Rabu mendapati dua daripadanya diarahkan tutup sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi kerja-kerja pembersihan.

Menurutnya, arahan itu dikeluarkan setelah JKN Melaka melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Unit Inspektorat dan Perundangan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan dan kebersihan premis di bawah Akta Makanan 1983, penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan kebersihan persekitaran hotel di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975).

“Manakala 46 kompaun kesalahan dengan nilai kompaun RM18,750 telah dikeluarkan.

“Kami juga melaksanakan pemeriksaan kebersihan persekitaran premis dengan lapan hotel dikenal pasti ada tempat pembiakan jentik-jentik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baca juga:   RM285,499 lesap akibat scam jual vaksin COVID-19

Ujar Dr Rusdi, sebanyak 17 kompaun kesalahan turut dikeluarkan dengan nilai RM4,250 atas kesalahan kerana tidak memasang papan tanda larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Menurutnya, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan dan kebersihan premis pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau membuat aduan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my.

“JKN Melaka sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna,” katanya.

Baca juga:   Hannah mengadap TMJ, bincang pembangunan sukan negara

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Rugi setengah juta tertipu di laman sesawang cari jodoh

SEORANG kakitangan institusi pengajian tinggi (IPT) di Terengganu kerugian setengah juta selepas tertipu dengan lelaki yang dikenali dalam sebuah laman sesawang...

Lagi Artikel Berkaitan