26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Azizulhasni tarik diri kejohanan trek UCI di Mesir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Mesir atas faktor kecederaan.

The Pocket Rocketman berkata, beliau kini dalam proses pemulihan dan tempatnya akan digantikan seorang lagi pelumba, Fadhil Zonis.

“Dukacita dimaklumkan bahawa atas nasihat doktor dan mengambil kira beberapa faktor lain, saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari penyertaan di kejohanan trek UCI di Mesir atas sebab kecederaan ketika latihan disini.

“Demi memberi ruang untuk mendapatkan pemulihan yang optimum, tempat saya akan digantikan oleh Fadhil Zonis.

Advertisements

“Saya memohon agar anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding disini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, turut sempat berkongsi jadual saingan kejohanan yang bermula hari ini.

Jadual perlumbaan adalah seperti berikut; Rabu (Pecut lelaki dan wanita), Khamis (Keirin lelaki, pecut wanita, omnium lelaki) sementara Jumaat pula berlangsung acara keirin wanita, pecut lelaki, Madison lelaki dan Omnium wanita. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan