27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Al Nassr ledak tiga gol masa kecederaan tewaskan kelab tercorot liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BUKAN aksi terbaik Cristiano Ronaldo namun penyerang kelab Al Nassr itu mengukir senyuman di akhirnya selepas pasukannya menjaringkan tiga gol pada masa kecederaan untuk menewaskan pasukan tercorot, Al Batin 3-1 awal pagi tadi.

Al Batin yang hanya mencatatkan satu kemenangan musim ini terlebih dahulu mengejutkan kelab gergasi Arab Saudi itu apabila Renzo Lopez Patron meledak gol pertama pelawat pada minit ke-17.

Biarpun mengusai perlawanan dan bertubi-tubi mengasak pertahanan Al-Batin, namun Al Nassr buntu untuk mencari gol penyamaan.

Namun, tambahan masa 12 minit diberikan pengadil perlawanan ternyata merubah segalanya.

Pada minit ke-93 menyaksikan sepakan percuma Abdulrahman Abdullah Ghareeb menerjah gawang Al Batin sekali gus menyuntik moral pasukan untuk mencari tiga mata penuh.

Advertisements

Saat yang dinantikan akhirnya tiba pada minit ke-102 apabila Mohammed Al Fatil meledak gol kedua tuan rumah menjadikan kedudukan 2-1.

Dan pada minit terakhir perlawanan, Mohammed Maran meledak gol ketiga Al Nassr sekali gus memastikan tiga mata penuh untuk kelabnya.

Kemenangan ini meletakkan Al Nassr di puncak Liga Pro Arab Saudi dengan kelebihan dua mata selepas 19 perlawanan.

Sejak menyertai Al-Nasrr, Ronaldo telah meledak lapan gol daripada enam perlawanan. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan