30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ismail Sabri kekal terajui UMNO Bahagian Bera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengekalkan kerusinya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera apabila menang tanpa bertanding.

Beliau sekaligus akan terus menerajui bahagian berkenaan untuk penggal 2023-2026.

“Demokrasi di UMNO Bahagian Bera…cabutan undi untuk pemilihan UMNO Bahagian Bera bagi 2023.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana tiada pertandingan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Advertisements
Ismail Sabri mencabut undi bagi sesi pemilihan UMNO Bahagian Bera 2023.

Beliau turut memaklumkan tiada pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Bahagian; Ketua dan Naib Ketua Wanita Bahagian; Ketua dan Naib Ketua Pemuda Bahagian; serta jawatan Naib Ketua Puteri Bahagian.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon-calon yang bertanding.

“Kepada semua calon-calon di Bera dan UMNO seluruh negara, bertandinglah dalam suasana penuh kekeluargaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera sebelum ini mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO kerana tegas dengan pendiriannya bahawa semua jawatan dalam parti perlu dipertandingkan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan