26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA Tan Sri Lee San Choon yang meninggal dunia semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran di Faceboook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Lee dan berharap seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

Seri Paduka berdua menghargai jasa, khidmat dan bakti mendiang kepada masyarakat dan negara,” demikian menurut catatan itu.

Mendiang Lee, 88, yang dilahirkan di Pekan, Pahang, pernah dilantik memegang beberapa portfolio menteri antaranya Menteri Buruh, Kerja Raya dan Kemudahan Awam dan Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Penyelaras Kampung Baru.

Mendiang semasa hayatnya pernah berkhidmat sebagai Presiden MCA bermula pada tahun 1975 hingga bersara daripada arena politik pada tahun 1983.

Di awal pembabitan dalam dunia politik, mendiang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kerusi Parlimen Kluang Utara dan memenangi kawasan itu pada tahun 1959. Ketika itu, mendiang baru sahaja berumur 24 tahun.

Mendiang juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda MCA dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Parti Perikatan. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan