29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Malaysia, Turkiye kongsi kepakaran pertanian moden

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Turkiye komited berkongsi kepakaran dalam membangunkan bidang pertanian khususnya pertanian moden dan penyelidikan pertanian.

Kerjasama itu merupakan elemen penting yang dibincangkan semasa kunjungan hormat Duta Besar Turkiye di Malaysia, Emir Salim Yuksel ke atas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur semalam.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan berkata, kedua-dua negara bersedia memperkukuhkan kerjasama perdagangan dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

Dalam pertemuan ini katanya. Turkiye bersedia menawarkan sumber daging, ayam dan produk ayam, madu dan buah-buahan untuk dieksport ke Malaysia.

Tambahnya lagi, Turkiye juga bersedia berkongsi kepakarannya dalam bidang teknologi pertanian moden dan mekanisasi untuk membantu industri pertanian Malaysia.

Advertisements

Turkiye merupakan rakan dagang pertanian yang berpotensi tinggi untuk Malaysia. Untuk rekod, perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia dan Turkiye adalah berjumlah RM6.14 bilion bagi tempoh Januari sehingga November 2022.

Pada akhir pertemuan, Mohamad turut menyampaikan rasa simpati berikutan bencana gempa bumi yang melanda Turkiye.

Dalam masa yang sama, Turkiye turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia atas bantuan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha kementerian dan pegawai-pegawai kanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan