33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

3 ‘puteri’ Malaysia tawan pentas antarabangsa – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tiga remaja wanita Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan bertaraf antarabangsa.

Ujar Anwar,  Daniaa Daniela Abd Hazil, Lynn Lim Lim dan Adani Raihan Muhammad Azhari telah menjuarai 2023 World Junior Tennis Asia/Oceania di Colombo, Sri Lanka.

“Tiga ‘puteri’ Malaysia tawan pentas antarabangsa! Tahniah kepada Daniaa Daniela Abd Hazil, Lynn Lim dan Raihan Muhammad Azhari kerana menjuarai 2023 World Junior Tennis Asia/Oceania di Colombo, Sri Lanka.

“Moga kejayaan mendorong lebih ramai bakat muda mengharumkan nama negara di pentas dunia,” katanya dalam Facebook hari ini.

Semalam, skuad tenis remaja wanita Bawah 14 tahun negara mengesahkan slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia 2023 selepas membenam cabaran Singapura pada aksi final prakelayakan Asia-Oceania ITF World Junior Team Championship.

Advertisements

Kejayaan itu hadir menerusi dua pemain perseorangan iaitu Adani Raihan Muhammad Azhari dan Daania Daniella Abd Hazli sebelum dilengkapkan oleh pasangan beregu Lynn Lim Lim/ Adani Raihan Muhammad Azhari.

Dalam perlawanan akhir pertama Adani menundukkan Sophie Ashley Cua dengan 3-6, 7-5 dan 6-1.

Daania kemudiannya meletakkan kedudukan selesa buat Malaysia selepas berjaya menjinakkan Victoria Alekseykina dengan kemenangan 4-6, 7-5 dan 6-4 untuk kedudukan 2-0.

Kemenangan skuad remaja negara itu kemudianya disahkan oleh Adani dan Lynn dalam aksi sengit ketika berdepan beregu Singapura Sophie Ashley/Joey Shania yang menyaksikan kesudahan 6-4, 10-7.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

49 pelajar tempatan, antarabangsa sertai program anak angkat

EMPAT buah kampung di Mukim Belanja, Parit di Perak baru-baru ini menerima 49 anak angkat terdiri daripada mahasiswa tempatan...

Lagi Artikel Berkaitan