24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mohamad, Ismail Sabri ucap takziah buat keluarga mendiang Edrin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang komando Lans Koperal Edrin Baintim yang lemas ketika melakukan latihan selam.

Mohamad berkata, kehilangan mendiang bukan sahaja amat dirasai oleh keluarga, tetapi seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ia suatu kehilangan besar buat negara.

“Semoga keluarga mendiang bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terlibat,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang serta mengucapkan terima kasih kepada pasukan SAR.

“Semoga keluarga mendiang bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Jasa dan pengorbanan mendiang untuk mempertahankan kedaulatan negara amat besar.

Media semalam melaporkan mayat anggota Tentera Darat, Edrin, 25, yang dikhuatiri lemas ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Advertisements

Mendiang daripada Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor pada 7 Februari lalu menjalani latihan Eksesais Pari Harimau kursus juruselam di kedudukan 0.7 batu nautika Barat Daya Pulau Undan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, turut bersama mangsa adalah enam pegawai dan 37 anggota lain-lain pangkat dari Pulpak Sungai Udang, Melaka.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan selama tujuh hari melibatkan pelbagai agensi termasuk anggota Pasukan Selam Peperangan Khusus dari Kem Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang, Melaka, Pasukan Selam Ranjau, KD Duyong dan juga Pasukan Penyelam Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Operasi itu kemudian diteruskan pasukan komando Tentera Darat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga hari ke-10 pencarian yang berakhir pada Selasa lalu. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan