31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Menteri Pendidikan kongsi debaran anak duduki SPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN ibu bapa pastikan antara individu yang tidak senang duduk sekiranya anak menduduki peperiksaan lebih-lebih lagi bagi peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Berkongsi mengenai debaran itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek,  juga tidak ketinggalan berhadapan dengan perasaan berkenaan bagi peperiksaan SPM tahun ini.

Menurutnya, sebagai tanda sokongan buat anak perempuannya yang menduduki SPM kali ini, beliau berpuasa selain suaminya turut mengadakan solat hajat.

“Saya fikir memang sebagai ibu yang biasa, setiap hari saya memastikan bahawa ada komunikasi dan memberikan semangat kepada beliau (anaknya).

“Semalam beliau sedikit sebak kerana kami barangkali tidak bersama secara fizikal tetapi semangat itu sentiasa diberikan dan doa itu sentiasa mengiringi.

“Saya fikir banyak ibadat yang kita boleh lakukan sebagai ibu bapa. Sekarang saya pun berpuasa, suami pun solat hajat bersama untuk kita pastikan kejayaan anak.

“Banyak contoh doa daripada ibu bapa yang saya fikir boleh kita bersama kongsikan dan berikan sokongan kepada anak-anak. Sebenarnya (saya pun) berdebar,” katanya yang meninjau hari pertama SPM di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya, memaklumkan SPM 2022 dilaksana dari 30 Januari hingga 15 Mac depan membabitkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.

Seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis itu.

Menurut KPM, seramai 131,318 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu manakala sebanyak 3,355 pusat disediakan di seluruh negara. 

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan