27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kos keseluruhan pembinaan LCS tidak dikurangkan – Mohamad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KOS pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sebanyak RM9 bilion yang telah diluluskan sebelum ini, tidak akan dikurangkan meskipun bilangan kapal dikurangkan kepada lima berbanding enam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu diambil dengan mengambil kira pertambahan kos termasuklah kenaikan harga peralatan.

“Sebenarnya tidak ada pengurangan dalam siling (kos pembinaan LCS) yang diluluskan, siling itu tetap sama (RM9 bilion) disebabkan oleh pertambahan kos iaitu harga barang (dan) semuanya meningkat.

“Wang yang digunakan saya sendiri telah melihat (ia telah digunakan dan ada barang ) di dalam gudang, semua telah dibeli bahkan kapal LCS pertama, enjin telah berada dalam badan dan sebahagiannya.

“Cuma sekarang ini hendak memasang dengan secara spesifik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, memetik laporan Sinar Harian.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengenai berapakah jumlah kos sebenar pembinaan LCS selepas kerajaan mengurangkan jumlah kepada kepada lima berbanding enam yang telah diumumkan sebelum ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan projek ini diteruskan.

“Saya ingin menyatakan pendirian bagi meneruskan perolehan LCS ini adalah untuk memperkasakan keupayaan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam memelihara kedaulatan perairan negara,”katanya.

Januari lalu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayub mengumumkan perolehan kumpulan pertama LCS dikurangkan daripada enam kepada lima selepas proses permohonan semula dilakukan.

Katanya, keputusan itu dibuat ketika kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan kapal tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan