33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Anggota polis berpangkat Sarjan maut tembak diri sendiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis berpangkat sarjan maut selepas menembak diri sendiri dalam kejadian di perkarangan Balai Polis Bayan Lepas, di Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian disedari rakan sekerja mangsa di balai berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

“Mangsa berusia 51 tahun bertugas di balai polis sama dan dia ditemui meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan.

“Kesan tembakan ditemui pada leher, dada serta kepala mangsa. Selain itu, pihak polis turut menemui sepucuk pistol bersama anggota berkenaan,” katanya.

Susulan kejadian berkenaan, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Manakala, punca kejadian masih dalam siasatan polis.

Dalam pad a itu, pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga siasatan selesai.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

Mangsa telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kira-kira 30 tahun dan difahamkan meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan