26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Enam pemimpin negeri bincang tarikh PRN minggu depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu dijangka mengadakan pertemuan minggu depan untuk berbincang mengenai tarikh sesuai bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat bersama itu digerakkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

“Perbincangan mungkin berkisar kepada kata sepakat mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya tempoh untuk mengadakan PRN kini semakin hampir.

Advertisements

“Waktunya (pembubaran) semakin hampir, walaupun tanpa perjumpaan itu, PRN negeri berkenaan akan tetap diadakan pada bulan Jun atau Julai nanti,” tambahnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini dilaporkan berkata pembubaran DUN negeri itu pada 1 Jun ini untuk memberi laluan kepada PRN.

Sebelum itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, turut menjangkakan pembubaran DUN Kedah selepas pertengahan Jun ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu selain Pulau Pinang dan Selangor.– BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan