Wednesday, July 22, 2026

Kerajaan nafi berita tular penjawat awam akan dikurangkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menafikan tuduhan bahawa bilangan penjawat awam akan dikurangkan berikutan ia menelan kos yang terlalu tinggi dan membebankan.

Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihak kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang perbincangan mengenai perkara berkenaan.

“Berita tersebut menyiarkan kononnya ada cadangan dari ‘pemerhati’ untuk kurangkan bilangan penjawat awam.

“Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan.

“Kerajaan juga tidak pernah ada sebarang pelan ke arah itu dan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fahmi meminta pihak yang terlibat dalam siaran terbabit untuk tampil memberi penjelasan tentang cadangan yang disifatkan mengarut.

Terdahulu, sebuah saluran televisyen tempatan menyiarkan sebuah berita mengenai cadangan bilangan penjawat awam wajar dikurangkan berikutan ia didakwa menelan kos sehingga RM100 bilion.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan