26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ahli-ahli Parlimen PN akan terus komited demi rakyat – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengulangi tekad kesemua Ahli-ahli Parlimen parti itu akan sentiasa komited untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan hidup rakyat terjamin.

Malah, ujar Ahli Parlimen Pagoh itu juga, langkah itu juga bagi memastikan amalan demokrasi terus subur di negara ini.

Menurut beliau, tindakan itu juga selaras dengan prinsip prihatin, bersih dan stabil yang diperjuangkan PN.

“Seperti yang pernah saya nyatakan, semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara Perikatan Nasional akan memainkan peranan aktif dalam sesi kali ini terutama ketika perbahasan Belanjawan 2023 yang dijangka dibentangkan pada 24 Februari ini.

“Sekali lagi saya tegaskan Perikatan Nasional akan memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa dalam membawa suara rakyat ke Parlimen, selain menjalankan tugas semak dan imbang terhadap kerajaan.

Advertisements

“Ini bagi memastikan tadbir urus kerajaan sentiasa berintegriti, bebas daripada unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat dan kemajuan ekonomi negara,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau turut menzahirkan kesyukuran Ahli-ahli Parlimen serta Ahli Dewan Negara Perikatan Nasional (PN) hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, hari ini.

“Kami akan mengambil bahagian dalam Sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung mulai 13 Feb hingga 30 Mac dan Sidang Dewan Negara pada 21 Mac hingga 6 April.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan