27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London.

Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri meluahkan yang telah dijemput ke Istana Buckingham, London untuk bertemu Raja Charles III dan Permaisuri.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Amalina berkata, jemputan tersebut adalah bagi mewakili negara pada pertemuan yang dianjurkan baginda di istana tersebut.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.

Advertisements

“Kami berbesar hati kerana dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja dan mereka yang bekerja dengan keluarga diraja ini serta pelbagai lapisan masyarakat yang telah menyumbang kepada komuniti di UK dan di luar negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amalina berkata, kali terakhir dia bertemu Raja Charles III adalah pada tahun 2017.

Jelas beliau, ketika itu baginda adalah Putera Wales dan telah datang melawat Hospital Diraja London di mana tempat dia bekerja selepas serangan pengganas London Bridge.

“Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat mangsa,”ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan