26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Dr Amalina nikah jejaka Inggeris selepas tiga kali tertangguh

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pakar bedah rakyat Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya di London, United Kingdom (UK), 31 Mac lalu.

Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi laman Twitter miliknya, hari ini.

Dr Amalina yang bernikah dengan seorang jejaka Inggeris, Alexander Charles turut berkongsi beberapa foto bersama suaminya.

Majlis akad nikah pasangan itu diadakan di London Central Mosque selepas tiga kali terpaksa ditunda akibat perintah berkurung.

“Kami lega kerana dapat mengadakan majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat (hanya enam tetamu seperti peraturan pihak berkuasa UK).

Baca juga:   Pelajar universiti ditemui meninggal dunia

“Perancangan asal adalah untuk mengadakan majlis resepsi pada Mac (Malaysia) dan Jun (UK) pada tahun ini. Namun, kami terpaksa tunda majlis resepsi sehingga kami yakin semua orang boleh hadir.

“Kami berharap dapat meraikan hari istimewa ini bersama insan tersayang dan rakan nanti,” katanya menerusi Twitternya.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Amalina mengumumkan bertunang dengan jejaka pilihan hati pada 10 Ogos 2020.

Baca juga:   85 calon hilang deposit dalam PRN Johor

Pada Jun 2019, kisah Dr Nur Amalina tular selepas berjaya mengatur pembedahan seorang bayi sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin untuk membuang ketumbuhan seberat 200 gram (g) di mulutnya.

Ainul menderita Germ Cell tumor dan selamat menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) pada 2019.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan tetapi dibesarkan di Johor itu merupakan bekas pelajar yang mencipta rekod cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh 17 A1 pada tahun 2004.

Atas kecemerlangan tersebut, dia mendapat Biasiswa Kijang Emas, Bank Negara Malaysia itu melanjutkan pendidikan dalam bidang perubatan di United Kingdom. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan