26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Wanita dituduh bunuh bekas suami di ladang kelapa sawit

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas suaminya di ladang kelapa sawit di Batu 5 Jalan Apas, 13 Januari lalu.

Tertuduh, Nurima Juli, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Dzul Elmi Yunus.

Berdasarkan pertuduhan, Nurima didakwa bersama beberapa individu lagi yang masih bebas telah membunuh Nurman Bakaratu, 62, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, antara 7.30 malam hingga 9 malam pada 13 Januari.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dihadapan Majistret Dzul Elmi Yunus.

Dzul Elmi kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 6 Mac ini sementara menunggu laporan kimia, forensik dan notis rekuisisi.

Advertisements

Tertuduh juga tidak ditawarkan jaminan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Mohd Syahnidzam Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang lelaki yang juga pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas pada 16 Januari lalu.

Beberapa tangkapan telah dibuat termasuk lapan pegawai dan anggota polis bagi membantu siasatan.

Kes ini turut menarik perhatian orang awam apabila seorang daripada suspek ditahan merupakan pegawai polis kanan berpangkat Senior Asisten Komisioner.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan