33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Majoriti penduduk Sabah memilih bersama Malaysia

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

MEMAHAMI TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH – BAHAGIAN AKHIR

Oleh PROF MADYA DR NAZARUDIN ZAINUN

FILIPINA harus sedar bahawa Malaysia tidak berniat menyerahkan Sabah kepada sesiapa pun memandangkan rakyat negeri itu sendiri telah menunjukkan kehendak mereka untuk menyertai Malaysia.

Berdasarkan penjelasan didapati Filipina sengaja tidak mahu mengakui kedudukan Sabah atas sebab-sebab politik dalam negeri terutama semasa pemimpinnya berdepan dengan masalah.

Sebagai contoh, tuntutan semasa Marcos dan Macapagal dibuat bermotifkan politik bukan kedaulatan wilayah.

Malaysia tidak menyahut seruan Filipina supaya serahkan perbalahan ke Mahkamah Dunia di The Hague, Belanda sebaliknya berdiam diri.

Ini kerana jika Malaysia menyahut seruan Filipina bererti Malaysia mengakui hak Filipina dan meragui hak sendiri ke atas Sabah.
Mahkamah Dunia hanya boleh mempertimbangkan isu ini jika kedua-dua belah pihak bersetuju membawanya ke The Hague.

Ketua Menteri Sabah, Peter Lo pada tahun 1962 menyatakan, orang Sabah rata-rata tidak mahu kerajaan Pusat mengadakan rundingan dengan kerajaan Filipina mengenai tuntutan tersebut dan berpegang teguh kepada prinsip self determination, iaitu tidak mahu menjadi sebahagian dari Filipina.

Pendirian kerajaan Filipina pula tidak selaras dengan rakyatnya. Rakyat tidak memahami isu tersebut dan tidak sebulat suara menyokong Filipina.

Hanya segolongan kecil orang tertentu sahaja terutamanya ahli politik yang berusaha untuk mendapatkan Sabah.

Macapagal melaungkan tuntutan tersebut berasaskan hasrat untuk membawa keuntungan politik diri sendiri dan dalam negeri ketika itu.

Advertisements

Tuntutan Macapagal disokong segolongan wartawan yang tertarik dengan tujuan nasionalis, golongan yang menjaga kepentingan sendiri dan ahli-ahli politik.

Kesimpulannya, penduduk Sabah telah menyatakan pedirian untuk menyertai Malaysia.

Pihak Filipina harus menghormati prinsip ‘self determination’ yang dibuat rakyat Sabah.

Sepanyol yang menakluk wilayah-wilayah Sultan Sulu, melalui satu protokol yang ditandatangani di Madrid pada 1885 telah melepaskan semua tuntutannya ke atas hak memerintah wilayah Borneo yang dimiliki Sultan Sulu sebelumnya kepada kerajaan British.

Dalam hal ini, jika tuntutan Sultan Sulu itu sah dam pengurniaan itu bersifat penyewaan, tetapi nampaknya kerajaan Sepanyol sebagai penjajah wilayah tersebut telah menamatkannya.

Jadi, oleh kerana kerajaan Filipina adalah pengganti kepada Sepanyol (sebelum itu Amerika Syarikat) maka mereka tiada hak lagi untuk menuntut Sabah.

Tuntutan Filipina berdasarkan perjanjian-perjanjian 1878 sahaja tidak cukup memandangkan banyak kelemahan dalam perjanjian tersebut.

Wilayah yang sepatutnya dituntut pula bukanlah seluruh Sabah tetapi hanya sebahagian kecil sahaja dari negeri itu berdasarkan perjanjian 1878 seperti peta di bawah.

Bandingkan pula dengan ketetapan oleh Jawatankuasa Dewan Luar Negeri Filipina yang memasukkan seluruh Sabah ke dalam peta Pasport Filipina yang baru.

  • Penulis adalah pensyarah Universiti Sains Malaysia dan merupakan pakar sejarah Asia Tenggara. Artikel dipetik dari Facebook beliau.

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan