28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

5 projek Mindef dibatalkan

Mindef mengambil perhatian serius akan kenyataan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK lima projek perolehan yang melibatkan bekalan dan perkhidmatan serta projek infrastruktur telah dibatalkan Kementerian Pertahanan (Mindef) sejak Januari tahun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian, Mindef berkata, pihaknya melaksanakan tender secara terbuka bermula Januari tahun ini selaras dasar pentabiran dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bermula tahun 2023, lima perolehan yang melibatkan bekalan dan perkhidmatan serta projek infrastruktur telah dibatalkan dan akan dilaksanakan secara tender terbuka.

“Ini selaras dasar kerajaan pada masa ini yang mengutamakan ketelusan dan nilai untuk wang,”kata kenyataan itu, hari ini.

Advertisements

Mindef turut memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan perolehan aset secara tender terbuka seperti mana keperluan bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan (Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia).

“Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius akan kenyataan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan yang disampaikan pada Majlis Dialog Belanjawan Kerajaan 2023 di Putrajaya, Selasa lepas.

“Justeru, sebarang ketirisan dan salah laku sepanjang proses tersebut adalah sesuatu yang tidak akan sesekali dikompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan salah laku demi kepentingan peribadi.

“Kementerian ini juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan