36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Konsep ‘Malaysia MADANI’ tunjang hala tuju Kerajaan Perpaduan

Malaysia MADANI akan menggantikan konsep 'Keluarga Malaysia' ketika pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep ‘Malaysia MADANI’ yang akan menjadi kerangka dasar negara yang dirumus sebagai hala tuju Kerajaan Perpaduan, pada tahun ini dan mendatang.

Perdana Menteri berkata, meluncurkan Malaysia MADANI sebuah kerangka visi baru buat negara, suatu ikhtiar nirmala yang bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum.

Beliau beekata, Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan) yang menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

“Ia dikarang hasil daripada pengalaman lebih empat dekad di dalam bidang perkhidmatan awam, mengepalai beberapa kementerian dalam kerajaan, menerajui beberapa badan antarabangsa, serta menjadi pendidik di beberapa universiti berprestij di dunia,”katanya.

Belia berkata demikian ketika menyampaikan amanat Membangun Malaysia Madani, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Anwar berkata, wahana utama yang menjadi teras Malaysia MADANI akan bertunjangkan empat Teras Strategik Utama iaitu Membina Semula Ekonomi, Menjamin Kesejahteraan Insan, Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan serta Mewujudkan Pentadbiran Beramanah.

“Bagi memastikan kemampanan dan kelancaran agenda ini, tiga pembolehdaya strategik akan berfungsi sebagai enjin penggerak iaitu Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat, Pendayaupayaan Bakat Terbaik Negara dan Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik.

“Atas semangat, kejituan hasrat dan kesungguhan azam Malaysia MADANI saya ingin mengajak semua pihak bagi mendukung mantra ini untuk kepentingan bersama,” katanya.

Malaysia MADANI akan menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ ketika pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan