28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pengeluaran MyKid ditangguh enam bulan

Ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak MyKid kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan negara ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGELUARAN kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan bagi proses perolehan baharu, susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin, berkata bagaimanapun proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menunggu untuk tempoh masa lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

“Ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak MyKid kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan negara ini,”katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu satu-satunya dokumen diiktiraf bagi urusan penting seperti permohonan sekolah dan sebagainya.

Advertisements

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan kad pengenalan (MyKad) pada program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) kepada kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar, 12 di Bukit Godek, Semabok Dalam.

Hadir sama, Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman.

Ruslin berkata, menerusi MEKAR JPN iaitu program turun padang bagi urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran kepada OKU, warga emas, pesakit terlantar dan penduduk di pendalaman memberi impak positif sejak diperkenalkan pada 2013.

“Sehingga kini sebanyak 292,999 permohonan di seluruh negara telah dilaksanakan melalui program MEKAR melibatkan 14,340 program diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang merupakan pendekatan produktif JPN dalam memastikan setiap penduduk di negara ini layak menikmati kemudahan ditawarkan kerajaan,”katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan