36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MOT terus perkasa industri logistik negara

Ekonomi digital amatlah penting pada masa kini dan masa hadapan namun ia perlu disokong dengan perkhidmatan logistik yang cekap dan inovatif.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan terus berusaha memperkasa industri logistik negara dan memacu ekonomi digital.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ekonomi digital amatlah penting pada masa kini dan masa hadapan namun ia perlu disokong dengan perkhidmatan logistik yang cekap dan inovatif.

“Justeru, saya berharap lebih banyak peniaga menggunakan digitalisasi untuk menawarkan produk mereka,” katanya.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara MYDIN dan GOLOG di Seremban 2.

GOLOG merupakan sebuah syarikat aplikasi pintar rangkaian sejuk (cold chain) yang menawarkan perkhidmatan logistik untuk barangan basah seperti daging, makanan laut, sayuran, buah-buahan dan sebarang barangan yang memerlukan simpanan sejuk semasa diangkut dari satu tempat ke tempat yang lain.

Aplikasi ini menyelesaikan masalah pengeluar kecil-kecilan yang tidak mampu untuk melabur dalam lori dengan stor sejuk. Ia umpana konsep e-hailing cuma bezanya ia membawa barangan sejuk.

Mengulas mengenai usahasama tersebut beliau berkata, koloborasi di antara MYDIN dan GOLOG ini membolehkan lebih banyak pengeluar kecil untuk membekalkan barangan terus kepada cawangan MYDIN berdekatan dengan mereka.

“Apabila kos logistik dapat dikurangkan, harga barangan pun akan menjadi lebih murah,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan