25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Mana satu perwakilan import KJ? soal Isham Jalil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MANA ssatu perwakilan import KJ (Khairy Jamaluddin), “soal Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil.

Isham menerusi hantaran di Facebook beliau turut berkongsi gambar dan video suasana di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Katanya, ini suasana dalam Dewan Merdeka sekarang.

“Mohon beritahu saya, mana satu perwakilan import, KJ? Fitnah itu lebih teruk dari membunuh.

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah al-Nur ayat 19),” katanya.

Ujar Isham, perbincangan dan mesyuarat yang mesra dan teratur.

“Tiada perwakilan hantu ya!!,” sindir beliau.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa, beberapa tanda nama yang dikhaskan untuk perwakilan UMNO pada kerusi dalam Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, ditanggalkan untuk undian usul pada petang ini sempena Perhimpunan Agung UMNO.

Baca juga:   Sedih tengok kesusahan Mohamad, Steven Sim belanja motosikal

Menerusi satu video di akaun Tik Tok, Khairy berkata, tindakan itu dipercayai bagi membolehkan perwakilan ‘import’ dibawa masuk untuk sorak dan ‘bulldoze’ usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Beliau pada masa sama hairan penambahan usul itu dibentangkan oleh pembahas dari Negeri Sembilan, Mohd. Shukri Samsudin yang merupakan orang Rembau sedangkan Timbalan Presiden sendiri, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau. – Edisi 9

Baca juga:   Khairy perjelas sebab penganjur AKM dikompaun RM1,000

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan