Sunday, June 14, 2026

Wanita maut, lori kontena rempuh kereta berhenti rosak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita yang memberhentikan kereta di tepi jalan maut selepas sebuah lori kontena merempuh kenderaan terbabit di Kilometer 235.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pagi tadi.

Difahamkan, dia terpaksa berhenti di tepi jalan selepas keretanya tiba-tiba mengalami beberapa masalah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.23 pagi dan sepasukan anggota bomba dari Kuala Kangsar dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, kemalangan itu membabitkan sebuah lori kontena dan sebuah kereta Honda Civic dinaiki tiga penumpang termasuk pemandu.

“Lori kontena itu melanggar bahagian tepi kereta dan wanita yang berdiri di sebelahnya.

“Dia maut serta-merta akibat kecederaan parah, bagaimanapun, kedua-dua penumpang yang turut menaiki kenderaan tersebut selamat tanpa cedera,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 6.02 pagi.

Jurucakap itu berkata, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan