27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Warga emas maut, motosikal terbabas ke dalam semak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam semak di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Bandar Putra malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga seorang peniaga, Muhammad Firdaus Ching Abdullah, 62 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kempadang.

“Bagaimanapun, sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam semak di bahu jalan sebelah kiri.

Advertisements

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut diteruskan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan