27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Zuraida sah sertai Muafakat Nasional

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Zuraida Kamaruddin menyertai Muafakat Nasional (MN) yang dipengerusikan Tan Sri Annuar Musa.

Perkara itu dikongsikan bekas Ketua Bahagian UMNO Ketereh itu dalam satu hantaran di Facebook, hari ini sekali gus mengesahkan bekas Ahli Parlimen Ampang itu telah menyertai MN.

“Terima kasih Datuk Zuraida Kamaruddin kerana sudi bertandang ke pejabat saya.

“Terima kasih juga kerana menyertai Muafakat Nasional,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini media melaporkan, Annuar telah mendaftarkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama MN dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 19 September 2019 serta menamakan beliau sebagai Presiden.

Bekas pemimpin UMNO itu turut dilaporkan berkata, lebih 10,000 permohonan keahlian diterima NGO baharu, Muafakat Nasional, yang diketuainya.

Katanya, permohonan itu diterima hanya beberapa jam selepas keahlian pertubuhan itu dibuka secara dalam talian, pada 11 Disember lalu.

Annuar telah dipecat UMNO pada Jumaat lalu kerana lantang mengkritik dan mencemuh kepimpinan UMNO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan