34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Zambry bertemu rakan sejawatan dari Indonesia di Brussels

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar Indonesia Retno Marsudi dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertemu di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) yang julung kali diadakan dan acara lain yang berkaitan, di Brussels Belgium.

Dalam pertemuan pada Selasa itu Retno mengucapkan tahniah kepada Zambry atas pelantikannya dan gambar pertemuan itu turut dikongsi di akaun Twitter rasminya.

Retno dan Zambry turut membincangkan tentang hubungan kedua-dua negara.

“Perbincangan dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Zambry di Brussels sangat bagus.

“Kami komited untuk meningkatkan hubungan dua hala termasuk mengenai perkongsian ekonomi,” katanya di Twitter.

Advertisements

Semasa memulakan tugas rasminya pada 5 Disember, Zambry menekankan asas utama dasar luar Malaysia seperti berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan.

Zambry selaku Wakil Khas Perdana Menteri, mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak peringatan antara pemimpin EU dan ASEAN yang menandakan 45 tahun hubungan diplomatik.

Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen selaku Pengerusi ASEAN 2022 dan Presiden Majlis Eropah Charles Michel.

Para pemimpin dijangka mengeluarkan kenyataan bersama pada akhir sidang kemuncak. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan