30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Khairy hangatkan kembali isu ‘1 undi KJ, 1 undi Zahid’

Hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang membuat kesimpulan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin berkongsikan satu video berdurasi 31 saat berkaitan isu undi beliau, undi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang membuat kesimpulan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dalam video dipercayai dirakam semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkenaan, Khairy menjelaskan mengenai isu yang dimainkan oleh R. Sivarasa bahawa undi kepada Khairy bermakna undi kepada Zahid.

“KJ ke Anwar (Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim), siapa yang ada rakaman talefon ni  dengan Anwar, saya ke Zahid.

“Jadi fikir-fikir lah kalau nak tolak Zahid sangat last-last (akhirnya) you (awak) punya presiden sendiri yang akan deal (runding) dengan Zahid.

Advertisements

“Apa you nak cakap nanti. Jadi jangan kacau Sungai Buloh… Sungai Buloh kita tentukan untuk Barisan Nasional (BN), jangan dengar suara, cerita-cerita yang lain boleh tak,” katanya dalam rakaman video tersebut.

Dipercayai hantaran yang dibuat Khairy berkenaan adalah susulan daripada pertemuan antaran Anwar dan Zahid dipercayai bagi melakukan rundingan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Beberapa keping gambar rundingan lebih empat mata berkenaan di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, hari ini tersebar dalam media sosial Facebook.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan