29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

PN kemuka lebih 112 SD sokong Muhyiddin PM-10

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) telah menghantar lebih 112 Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai  Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

“Parti Perikatan Nasional telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baca juga:   Kerajaan gagal atau tidak, apakah penting kepada rakyat?

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya proses bagi ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilanjutkan sehingga jam 2.00 petang esok (Selasa, 22 November).

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, lanjutan itu membabitkan pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 .

Pagi tadi, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta lanjutan masa untuk menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong petang nanti.

Bahkan menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, lanjutan masa itu adalah setelah keputusan dibuat berdasarkan rundingan yang bakal dilakukan dengan mana-mana pihak.

Baca juga:   Jangan hentam kerajaan PN, beri pandangan positif

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pula terlebih dahulu menyatakan tempoh masa pukul 2 petang yang dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat (Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun) mungkin tidak mencukupi untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  kerana masih gagal mencapai kata sepakat.

“Tidak mustahil PN yang terlebih dahulu berjaya “Cross the line”,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Misi banjir: PDRM terima bot daripada 7-Eleven Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan 30 buah "inflatable boat" daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk kegunaan misi...

Lagi Artikel Berkaitan