31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Banjir: 848 mangsa banjir di Selangor, 10 PPS dibuka

Daerah Petaling mencatatkan pemindahan tertinggi apabila merekodkan seramai 433 mangsa daripada 104 keluarga dipindahkan di dua PPS.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 848 mangsa banjir direkodkan di Selangor membabitkan 208 keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, sehingga kini sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam daerah di negeri ini melibatkan Petaling, Klang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sepang.

Menurutnya, daerah Petaling mencatatkan pemindahan tertinggi apabila merekodkan seramai 433 mangsa daripada 104 keluarga dipindahkan di dua PPS.

“Dua PPS dibuka iaitu di Masjid Putra Height yang mencatatkan pemindahan seramai 227 mangsa daripada 51 keluarga dan di Dewan Camelia Putra Height pula seramai 210 mangsa daripada 53 keluarga.

“Sebanyak dua PPS di Klang dibuka membabitkan seramai 293 mangsa daripada 64 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, seramai 195 mangsa daripada 49 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Kampung Johan Setia dan seramai 58 mangsa daripada 15 keluarga lagi di PPS Balai MPKK Kampung Jalan Kebun Batu 7 Klang.

“Dua PPS lagi dibuka di daerah Hulu Langat yang mencatatkan seramai 29 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih, bagaimanapun jumlah mangsa dan keluarga di PPS Balai Raya Bangi Lama masih sedang dalam kemas kini.

Advertisements

“Manakala, dua PPS dibuka di daerah Sabak Bernam iaitu di PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar dan PPS Simpang Lima.

“PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar pula menempatkan seramai tujuh mangsa membabitkan dua keluarga, di PPS Simpang Lima pula seramai enam mangsa daripada satu keluarga,” katanya.

Selain itu, sebuah PPS dibuka di daerah Kuala Selangor iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram membabitkan 116 mangsa daripada 30 keluarga.

“Sementara di daerah Sepang pula sebuah PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Gemilang, Taman Gemilang.

“Bagaimanapun, jumlah mangsa dan keluarga di PPS itu sedang dikemas kini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

JAIS larang premisnya diguna untuk tujuan politik kepartian

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengingatkan bahawa larangan sebarang kegiatan politik di masjid, surau dan sekolah-sekolah di...

Lagi Artikel Berkaitan