34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Fitnah arah hapus Tok Mat: KJ bakal buat laporan polis, SKMM

Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr. Bigger balls.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan satu tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp yang berunsur fitnah dikaitkan dengan dirinya yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Khairy Jamaluddin berkata, laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat terhadap akaun yang memuat naik tangkap layar tersebut.

Fake (Palsu). Tak perlu sebar fitnah black ops, source: trust me bro” (sumber tidak jelas) macam ini.

“Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr. Bigger balls ini,” kongsinya dalam satu ciapan pagi tadi.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut menyeru agar orang ramai menolak fitnah dan taktik politik kotor menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Difahamkan, tangkap layar tersebut mula tersebar dan didakwa ia merupakan perbualan antara calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh itu bersama salah seorang pegawainya.

Perbualan dalam aplikasi whatsApp itu mengandungi arahan kononnya dari Khairy Jamaluddin yang mengarahkan individu terbabit untuk ‘menghapuskan’ Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan di Parlimen Rembau.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan