Friday, June 5, 2026

10 orang mangsa sindiket pekerjaan berjaya diselamatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN berjaya menyelamatkan seramai 10 orang lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, kesemua mereka berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di tanah air semalam.

“Kesemua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada jam 11.50 malam dengan menaiki pesawat AK535 dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut KLN, sehingga 21 Oktober, seramai 313 orang mangasa warganegara Malaysia berjaya diselamatkan dari Kemboja, Laos, Mynamar dan Thailand.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 255 orang telah dihantar pulang manakala baki 58 orang lagi masih ditahan di Depoh Tahanan Imigresen negara-negara berkenaan sementara menunggu proses pengusiran.

“Sehubungan dengan itu, KLN merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh dan pihak Kerajaan Kemboja yang terus mengambil tindakan proaktif bagi menyelamat dan mempercepatkan urusan penghantaran pulang para mangsa,” katanya.

KLN berkata, pihaknya menerusi Perwakilan Malaysia dan agensi akan terus bekerjasama dan menggiatkan usaha menangani isu sindiket jenayah ini.

“Pada masa sama, warganegara Malaysia adalah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pekerjaan yang diterima terutamanya media sosial bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa sindiket berkenaan,”katanya.-Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan