24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Keputusan permohonan rayuan ke universiti diumum Selasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN permohonan rayuan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi Program Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Setaraf Sesi Akademik 202/2023 akan diumumkan Selasa ini.

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, keputusan itu boleh disemak secara dalam talian bermula 12 tengah hari sehingga 5 petang, 30 Oktober.

“Keputusan itu boleh disemak melalui Aplikasi Bahagian Kemasukan ke UA melalui pautan iaitu https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my, http://umt.edu.my atau melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket di telefon pintar.

Advertisements

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 hingga 30 Oktober ini di laman web rasmi UA.

“Bagi surat tawaran rasmi ia akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPT berkata, segala tawaran diberikan adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan