26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tokan dadah ditahan, polis rampas pelbagai jenis dadah

Dianggarkan dadah yang dirampas dan bernilai RM190,200 itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar ibu negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di Jalan Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang bertindak sebagai penjaga di rumah berkenaan.

“Polis juga berjaya merampas pelbagai jenis dadah antaranya kanabis, syabu dan heroin yang dianggarkan bernilai RM190,200 untuk dipasarkan di sekitar ibu negara.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai 15 rekod jenayah berkaitan dadah dan pernah ditahan di bawah Seksyen 6(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Dellhan, pihaknya masih menyiasat di mana suspek memperoleh bekalan dadah dan berapa lama terlibat dalam aktiviti tersebut.

“Polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi akan terus menjalankan siasatan dan risikan bagi mengenal pasti suspek lain yang terlibat.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,”katanya.

Tambah Dellhan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penggunaan dadah. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan