31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

10 orang mangsa sindiket pekerjaan berjaya diselamatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN berjaya menyelamatkan seramai 10 orang lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, kesemua mereka berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di tanah air semalam.

“Kesemua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada jam 11.50 malam dengan menaiki pesawat AK535 dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut KLN, sehingga 21 Oktober, seramai 313 orang mangasa warganegara Malaysia berjaya diselamatkan dari Kemboja, Laos, Mynamar dan Thailand.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 255 orang telah dihantar pulang manakala baki 58 orang lagi masih ditahan di Depoh Tahanan Imigresen negara-negara berkenaan sementara menunggu proses pengusiran.

“Sehubungan dengan itu, KLN merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh dan pihak Kerajaan Kemboja yang terus mengambil tindakan proaktif bagi menyelamat dan mempercepatkan urusan penghantaran pulang para mangsa,” katanya.

Baca juga:   16 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja

KLN berkata, pihaknya menerusi Perwakilan Malaysia dan agensi akan terus bekerjasama dan menggiatkan usaha menangani isu sindiket jenayah ini.

“Pada masa sama, warganegara Malaysia adalah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pekerjaan yang diterima terutamanya media sosial bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa sindiket berkenaan,”katanya.-Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Inilah rakyat Malaysia pertama miliki 'darah emas'

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan