25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jemaah mula laksanakan ibadah haji

Mesti Baca


MEKAH – Seramai 10,000 jemaah mula melaksanakan ibadah haji dengan melakukan umrah di Baitullah, hari ini. Mereka akan menjalankan rukun Islam ke lima selama lima hari.

Setiap tahun seramai 2.5 juta jemah menunaikan ibadah tersebut bagaimanapun berikutan penularan wabak Covid-19, pemerintah Arab Saudi hanya mengehadkan kepada 10,000 jemaah sahaja.

Daripada jumlah itu, 70 peratus adalah ekspatriat yang bermastautin di negara ini manakala 30 peratus lagi adalah warga tempatan.

‘’Pengurangan ini tiada kaitan dengan soal keselamatan tetapi ia bertujuan melindungi jemaah daripada pandemik (Covid-19),’’ kata Pengarah Keselamatan Awam Arab Saudi, Khalil bin Qarar Al-Harbi.

Advertisements

Jemaah diwajibkan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakkan sosial dalam melaksanakan ibadah selama lima hari tersebut.

Suasana dalam bilik hotel yang menempatkan jemaah haji tahun ini
yang disediakan oleh pemerintah Arab Saudi.

Mereka dikehendaki memeriksa suhu badan dan menjalani kuarantin pendek, sebelum melaksanakan rukun haji bermula hari ini. Perbuatan menyentuh Kaabah tidak dibenarkan pada tahun ini.

Esok, jemaah akan bergerak ke Arafah untuk berwukuf. Selepas itu bermalam di Muzdalifah sebelum kembali ke Mina untuk ibadah melontar di Jamrah.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan