Thursday, June 4, 2026

Paras air naik di beberapa sungai di lima negeri

Sungai Linggi melepasi paras bahaya manakala enam sungai di Sarawak, Negeri Sembilan dan Johor melepasi paras amaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA sungai utama di lima negeri iaitu Pahang, Johor, Selangor, Sarawak dan Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan paras air selepas hujan lebat melanda sejak petang semalam.

Menurut laman web Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 6.30 pagi ini, sebatang sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Linggi di Negeri Sembilan.

Pada masa sama, enam batang sungai lagi melepasi paras amaran iaitu empat di Sarawak serta masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Johor.

Bagi sungai yang melepasi paras amaran di Sarawak, tiga daripadanya terletak di kawasan Sibu dan satu di Kapit.

Satu lagi sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Lenik di Segamat, Johor.

Sementara itu, sebanyak 17 batang sungai lagi berada pada paras waspada iaitu di Sarawak (10), Johor (tujuh), Negeri Sembilan (empat), Selangor (tiga) dan Pahang (satu). – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan