31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT produk sirap ubat batuk dan selesema keluaran syarikat farmaseutikal India yang didakwa menyebabkan 66 kanak-kanak maut selepas pengambilannya, tidak didaftarkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia hasil semakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) terhadap pangkalan data bagi promethazine oral solution, kofexmalin baby cough syrup, makoff baby cough syrup dan magrip N cold syrup.

“KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar beliau, KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai empat produk tersebut selepas ia dikaitkan dengan kematian 66 kanak-kanak di Gambia, India. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan