24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tiada mesyuarat khas MKT – Ahmad Maslan

Turut mengesahkan sebaran kenyataan "Setiausaha Agung UMNO" yang tular dalam media sosial adalah palsu

Mesti Baca

TIADA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung malam ini sepertimana digambar-gemburkan sebelum ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sebaliknya mesyuarat khas tersebut mungkin diadakan pada waktu lain.

Ahmad berkata, pertemuan para pemimpin UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur malam ini hanyalah pertemuan biasa dan perbincangan di antara mereka sering diadakan.

“Malam ini adalah pertemuan biasa, selalu kami ada perbincangan. Tentunya tentang isu-isu semasa rakyat. Bila pun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tetap perlu bersedia,” katanya ketika ditemui media di bangunan menempatkan Ibu Pejabat UMNO itu.

Selain Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut kelihatan muncul di Menara Dato Onn ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Petang tadi, Ismail Sabri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, yang didakwa bagi mendapatkan perkenan bagi pembubaran Parlimen.

Advertisements

Bagaimanapun, kenyataan Istana Negara memaklumkan pertemuan Perdana Menteri dan Seri Paduka Baginda hanya menyentuh mengenai mesyuarat mingguan Kabinet dan pembentangan Bajet 2023, esok.

Sementara itu Ahmad mengesahkan kenyataan media yang didakwa dikeluarkan oleh “Setiausaha Agung UMNO” yang tersebar dalam media sosial malam ini adalah palsu.

Ahmad dalam ciapan di twitternya menganggap, penyebaran kenyataan palsu itu bertujuan untuk memecah-belahkan UMNO.

“Wah, sebaran palsu makin banyak di sana-sini. Petanda pemfitnah yang ‘goblok’ bekerja lebih masa dengan tambahan bayaran lumayan supaya pimpinan UMNO berpecah.

“Kami parti yang lama wujud, sudah melepasi pelbagai cabaran sukar, maka susah untuk berpecah kerana perkara-perkara bodoh seperti ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan