26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Jangan risau, dulu kini dan selamanya UMNO – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“JANGAN risau, dulu kini dan selamanya (UMNO),” itulah penjelasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menafikan beliau akan meninggalkan parti itu.

Kenyataan itu dibuat menerusi laman Instagramnya susulan tular sebuah rakaman video bertajuk “KJ keluar UMNO!! Sah, keputusan muktamad Khairy Jamaluddin”.

Menteri Kesihatan itu berkata, biarpun tidak gemar melayan laporan sensasi seperti itu, namun penjelasan harus diberikan daripada pihaknya untuk menjernihkan keadaan.

“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO. Saya menang Ketua Pemuda UMNO tapi tak dilantik (jemaah Menteri) dan dipulau, tetap UMNO.

“Saya kalah Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO. Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Jangan risau, dulu kini dan selamanya (UMNO),” katanya dalam hantaran tersebut.

Advertisements

Beliau berkata demikian mengulas berkenaan video berdurasi lebih dua minit yang bertajuk sensasi tersebut yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Bagaimanapun, video berbentuk laporan itu tidak menyentuh isu Khairy keluar UMNO, sebaliknya berkenaan spekulasi kerusi Parlimen Rembau akan ditandingi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam video itu juga, Khairy dikatakan diberi dua kerusi Parlimen, iaitu Alor Setar dan Port Dickson, untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Khairy yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sejak 2008. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan