26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sembilan pelajar tak mengaku salah buli rakan sekolah

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di asrama sekolah terbabit pada pukul 11.30 malam, 23 Ogos lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMBILAN pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah berasrama harian di Kemaman, Terengganu tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini atas pertuduhan mencederakan tiga rakan sekolah mereka pada hujung bulan lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia 16 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Berdasarkan pertuduhan, keenam-enam tertuduh didakwa menumbuk dan menyepak sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada tiga mangsa berusia 15 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di asrama sekolah terbabit pada pukul 11.30 malam, 23 Ogos lalu.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

29 Ogos lalu media melaporkan pelajar sekolah berkenaan ditahan kerana disyaki membelasah tiga rakan asrama di sebuah sekolah menengah harian berasrama tersebut.

Advertisements

Kejadian buli itu dipercayai berlaku seepas pelajar-pelajar terbabit dikatakan tidak berpuas hati setelah tembelang sebahagian mereka memiliki rokok elektronik di asrama sekolah diadukan oleh ketiga-tiga mangsa itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dilaporkan berkata, seorang mangsa berusia 14 tahun cedera parah sehingga gegendang telinga kanannya dikhuatiri pecah akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

“Dua lagi mangsa masing-masing berusia 13 dan 15 tahun pula lebam pada beberapa bahagian anggota badan.

“Mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman di sini sebelum membuat laporan polis berhubung kes buli itu secara berasingan di Balai Polis Chukai,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan