33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kedudukan Sabah, Sarawak terus dipertingkat jika BN berkuasa

Sabah dan Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk berkembang bersama-sama negeri lain di negara ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) akan pastikan kedudukan Sabah dan Sarawak terus dipertingkatkan sesuai dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 jika parti gabungan itu kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Sabah dan Sarawak akan terus menjadi rakan kongsi yang strategik dari segi pembangunan ekonomi dan politik dan pada masa yang sama banyak lagi pembangunan yang boleh dirancang bersama di antara pusat dan negeri.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, penubuhan Malaysia 1963 kini mencecah 59 tahun dan alam tempoh tersebut pelbagai asam garam hidup, pahit manis kehidupan kita lalui bersama.

“Inilah realiti negara di seluruh dunia. Fakta yang jelas ialah tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan terbentuk. Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura (kemudian keluar) bersama-sama membentuk Malaysia.

“Maka terdapat kekeliruan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia adalah tidak tepat.

“Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia. Sebaliknya Sabah dan Sarawak bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, dinamika sosiopolitik semasa menyaksikan Sabah dan Sarawak kini diiktiraf sebagai wilayah dan bukan lagi negeri selepas Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 [Akta A1642] berkuatkuasa pada 11 Februari 2022.

“Apabila BN kembali berkuasa penuh selepas pilihan raya umum ke-15 akan dipastikan kedudukan Sabah dan Sarawak akan terus dipertingkatkan sesuai dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Advertisements

“Sabah dan Sarawak akan terus menjadi rakan kongsi yang strategik dari segi pembangunan ekonomi dan politik. Pada masa yang sama banyak lagi pembangunan yang boleh dirancang bersama di antara pusat dan negeri.

“Tahniah kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang kini lima institusi pengajian tinggi (IPT) kini dimiliki kerajaan negeri Sarawak termasuklahUniversiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak; Universiti Curtin Kampus Sarawak; Universiti Teknologi Sarawak (UTS; International College of Advanced Technology Sarawak (ICATS) dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) bagi memperkasakan modal insan rakyat Sarawak.

“Tahniah juga kepada Sabah yang menerima jumlah pelaburan ketiga terbesar di negara ini dengan unjuran pelaburan terus asing (FDI) melebihi RM7 bilion pada tahun ini.

“Ini menunjukkan Sabah dan Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk berkembang bersama-sama negeri lain di negara ini,”katanya.

Beliau berkata, sempena Hari Malaysia ini marilah kita sama-sama menghayati Hari Malaysia dan terus bekerja kuat memelihara perpaduan, kesepaduan, keharmonian ekonomi dan kesejahteraan sosial bersama.

Katanya, apapun perbezaan pandangan kita masih lagi sebagai sebuah negara yang bersatu padu dan ini biasa dalam sebuah sistem negara demokrasi.

“Sebagai sebuah sebuah negara pelbagai etnik, agama dan wilayah latar belakang semua kita termasuk pemimpin politik tidak wajar mengemukakan kenyataan sensitif yang boleh mengguriskan hati antara satu sama etnik yang lain.

“Sesungguhnya rakyat Malaysia masih lagi matang dan rasional. Pada masa yang sama perbezaan di antara kita perlulah diraikan sebagai rakyat Malaysia untuk membina sebuah negara bangsa idaman Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan