Tuesday, June 16, 2026

Agong, Permaisuri, PM ucap selamat menyambut Hari Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia yang disambut hari ini.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuatnaik di laman Facebook Istana Negara.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua berada.

Menurutnya, tanggal keramat 16 September wajar dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan lagi perpaduan berteraskan nilai Keluarga Malaysia, keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara, dan semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.

“Selamat Hari Malaysia. Keluarga Malaysia – Teguh Bersama!” katanya.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan