24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

ADUN Slim River, Khusairi meninggal dunia di Bentong

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia di Bentong sebentar tadi, dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang dan jenazah masih berada di hospital bagi urusan untuk dibawa pulang ke Perak, malam ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mengesahkan perkara tersebut kepada media sambil berkata: “Kami sedang uruskan jenazah dan kita tunggu keputusan keluarga berkenaan bawa pulang jenazah ke Tanjung Malim.”

Advertisements

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Khusairi menang dengan majoriti 2,183 iaitu 8,327 menewaskan calon PKR Mohd Amran Ibrahim hanya mendapat undi 6,144 serta calon PAS Zulfadli Zainal dengan undian 4,103.

Arwah merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Perak dan bekas pengerusi FINAS. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan